Menyingkap jemputan perkahwinan yang saya terima daripada beberapa orang bekas pelajar saya, ingin saya coretkan sedikit perkongsian ringan bagi bulan ini kepada anda semua yang baru ataupun telah lama melangkah ke alam perkahwinan. kontek perkongsian yang saya maksudkan ini adalah berkenaan "masa berkualiti bersama keluarga". Adalah diakui, saya bukanlah pakar keluarga dan rumahtangga, tetapi secara peribadi apabila kita telah berkeluarga, nasihat saya kepada anda semua ialah lebihkanlah masa-masa berkualiti dengan ahli keluarga kita”. Saya percaya ini bukanlah saranan yang pertama kali kamu dengari, namun saya pasti ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Melalui pengamatan saya, ramai diantara kamu telah berkerjaya dan pastinya sibuk dalam melaksanakan tugas masing-masing. Jesteru, dalam kesibukan kamu mengejar masa dengan urusan seharian, pastinya kelak kamu tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya yang patut kita semua beri perhatian. Gunakanlah masa sebaiknya-baik dengan anak-anak kamu dengan diisi dengan pekara yang lebih bermakna dari meluangkan masa berjam-jam yang tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Jadikanlah masa itu satu memori yang terindah untuk dikenang bersama anak-anak nanti apabila mereka telah dewasa.
Mungkin ramai diantara kita yang alfa dengan apa yang telah disarankan dengan konsep masa berkualiti ini. Pada hemat saya apa yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dengan keluarga adalah keberadaan kita untuk meluangkan masa yang mana ianya bukanlah semata-mata berada dalam lokasi yang sama pada sesuatu masa. Andai kita ingin mengatakan bahawa kita meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak, corak kegiatan yang dilakukan dan kekerapan kita melakukan kegiatan tersebut adalah merupakan pokok utama yang harus anda fikir-fikirkan. Selain itu, ianya juga perlulah di susuli dengan unsur lain bagi mengesahkan yang masa tersebut telah diisi secara berkualiti. Adalah tidak dinafikan, memang sukar untuk mendefinisikan maksud masa berkualiti. Walau bagaimanapun, apa yang ingin saya gambarkan maksud masa berkualiti ini adalah merujuk kepada satu masa di mana kamu dapat meluangkan masa secara bersama (yakni bersama keluarga kamu) dengan melakukan sesuatu yang bersifat interaktif dan meninggalkan makna ataupun kesan kepada semua yang terlibat. Pada hemat saya jangkamasa bersama itu tidak penting tetapi ianya mestilah memadai untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti.
Apapun definisi masa kualiti mungkin ianya berbeza kepada kamu semua. Sesungguhnya raikanlah keluarga kamu dengan sedikit detik dan masa yang berfaedah agar ianya dapat dikecapi dan disimpan sebagai satu memori yang terindah. Akhir kalam entri kali ini, saya doakan agar kamu semua berada dalam limpahan rahmat, murah rezeki sihat dan bahagia disamping keluarga masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.