Cari Blog Ini

Ahad, 24 Jun 2018

LIMA (5) PERISIAN PERAKAUNAN MUDAH UNTUK PERNIAGAAN KECIL SEDERHANA

Kewujudan pelbagai perisian perakaunan percuma pada masa kini pastinya dapat memberi banyak manfaat dan juga peluang kepada ramai peniaga kecil sederhana untuk merekod dan menguruskan kewangan dalam perniagaan mereka dengan lebih mudah dan cekap. Namun begitu ramai yang tidak peduli akan kewujudan perisian perakaunan ini dan kajian jelas menunjukan ramai usahawan-usahawan kecil sederhana tidak cenderung untuk menggunakan perisian perakaunan ini (Muiz et al. 2014). Mengambil kesempatan daripada perisian perakaunan percuma yang boleh didapati pada masa kini dan tanpa sebarang kos perlu dikeluarkan, saya ingin kongsikan lima perisian perakaunan yang percuma untuk menjadi pilihan bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan kecil sederhana. Setiap perisian ini mempunyai kelebihan masing-masing dan secara dasarnya ianya merangkumi aktiviti merekod transaksi, menyediakan invois, menyediakan set akaun yang lengkap, membolehkan akaun ditutup setiap hari, membolehkan laporan dicetak untuk kegunaan membuat keputusan perniagaan. Saya percaya, dengan menggunakan perisian perakaunan seperti ini sudah pastinya ia akan memudahkan usahawan industri kecil dan sederhana dalam membuat keputusan perniagaan mereka dengan baik, dapat mengurangkan kos pengurusan, meningkatkan peratusan penghantaran tepat waktu, meningkatkan produktiviti, meningkatkan imej syarikat, jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.

1. Wave
  • Wave menyediakan system perakaunan yang percuma yang mana ianya membolehkan perniagaan kecil menjejaki perbelanjaan, menghantar invois, dibayar dan baki buku-buku mereka. Perniagaan boleh menghantar invois profesional dan melihat status invois dan pembayaran, jadi mereka akan tahu bila hendak mengharapkan wang dalam akaun bank mereka. Perniagaan boleh juga menerima kad kredit dan dibayar dengan lebih cepat dengan Wave.

2 Brightbook
  • Brightbook adalah merupakan perisian  perakaunan percuma dalam talian sistem Brightbook mudah untuk digunakan dan ianya direka untuk membantu  perniagaan kecil (i.e. usahawan) yang tidak mempunyai pengalaman perakaunan dalam menjalankan perniagaan mereka. Dengan perisian ini usahawan kecil boleh menghantar invois yang kelihatan lebih profesional, dapat mengesan bil dan mengetahui nilai hutang dengan mudah dan cekap

3 GnuCash  
  • GnuCash menyediakan satu pendekatan yang mudah untuk Simpan kira dan perakaunan untuk perniagaan kecil. Perisian perakaunan percuma ini boleh didapati untuk Android, Linux, Windows, OS X, FreeBSDm GNU dan OpenBSD. Perisian yang menguruskan invois, akaun perlu dibayar dan diterima, serta perbelanjaan pekerja dan juga gaji.

4 ZipBooks
  • ZipBooks menyediakan perakaunan yang baik dan mudah untuk digunakan Ianya satu perisian yang direka untuk membantu perniagaan kecil bergerak ke peringkat seterusnya. ZipBooks' starter adalah percuma yang menyediakan sistem invois tanpa had,  tanpa had vendor dan pelanggan, simpan kira yang tidak terhad, keupayaan untuk menyambung dan mengurus satu akaun bank, dan laporan kewangan.

5 SlickPie
  • SlickPie menyediakan satu sistem pengurusan perbelanjaan asas untuk membantu perniagaan kecil. Ianya adalah satu perisian pengurusan mudah untuk digunkan keranan sistem ini menyediakan segala-galanya untuk perniagaan kecil yang memerlukan perakaunan yang licin dan tepat.

Moga ianya bermanfaat!

Khamis, 3 Julai 2014

Bapa Wira Hatiku



Sempena Hari Bapa tahun ini, saya ingin kongsikan sedikit coretan di blog ini untuk sesiapa sahaja diantara kamu semua yang telah bergelar bapa. Tulisan ringan ini adalah satu perkongsian biasa yang saya pasti kamu telah dengari dan baca. Apapun yang saya harapkan disini ialah sedikit ingatan yang mungkin kita semua boleh berikan dengan sepenuh kasih dan sayang yang padu untuk insan yang bergelar bapa. Seperti mana ibu, seorang bapa yang baik juga adalah merupakan insan yang pastinya akan berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan anaknya. Berbanding ibu, cuma seorang bapa kebiasaan lebih suka menyembunyikan banyak pekara dan penglibatannya dalam membesarkan kita (tidak ditonjolkan secara terus).  Contohnya; memang benar ibulah insan yang selalu menelefon kita, tetapi sebenarnya bapalah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita. Kebiasaannya seorang bapa akan bertanya " telefonlah anak kita tu.., tanyalah dia kerja macam mana? ok ka tak. Sebenarnya, pada pandangan peribadi saya, seorang bapa selalunya agak ego dan seringkali menyembunyikan perasaannya. jika anda seorang bapa cuba anda perhatikan, walaupun setiap masa ibulah yang mendukung dan bersama anak-anak di rumah, tetapi sebaik pulang dari kerja kamu akan sibuk bertanyakan tentang aktiviti seharian anak-anak kamu. Sebagai seorang bapa yang baik, pastinya anda akan risau dan sering membentak dan marah sekiranya anak anda deman ataupun sakit? mungkin ekpressi ni tidak dapat diterjemahkan dengan sebaiknya. Tetapi sebagai bapa sebenarnya kamu risau dan amat menyanyangi anak kamu.

Adalah tidak dinafikan, seperti ibu, seorang bapa yang baik pastinya juga akan bersusah payah dan berperit jerih demi memastikan anak-anaknya bahagia. Maka wajarlah bagi kita mengangapnya wira di dalam sesebuah keluarga. Sebagai "wira" pastinya kebaikan yang dilakukan tidak akan dihebahkan dan ditonjolkan kepada anak-anaknya. Adalah saya akui bahawa setiap bapa pastinya memiliki peribadi dan personaliti yang berbeza (kuasa superhero yang berbeza). Apapun karakternya (kuasanya), pastinya dia amat menyayangi kamu dan akan melindungi kamu lebih dari nyawanya sendiri. Maka sebagai anak, haruslah kita sedari dan memberi sedikit perhatian dan sentiasa menyayanginya sepertimana dia menyangi kita. Akhir kalam dari saya untuk entri ini- Selamat Hari Bapa! (kepada kamu yang sudah bergelar bapa)

Ahad, 1 Jun 2014

Semangat dan Sukan



Entri kali ini, adalah sekadar paparan ringan sempena SUKMA 2014 yang berlangsung di Negeri Perlis. Inilah pertama kali saya dan aryna melihat secara langsung perlawanan pelbagai sukan yang membariskan jaguh masing-masing dari seluruh negeri di Malaysia. Adalah tidak dinafikan memang meriah dan ceria suasana sekitar di negeri Perlis. Pelbagai kegiatan perniagaan masing-masing sibuk mengambil kesempatan dalam temasya ini untuk meraih keuntungan yang bukan pada kebiasaannya.

Apapun keghairahan SUKMA 2014, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kontijen Negeri Perlis. Kepada Pelajar-pelajar yang terlibat. Berjuanglah bersungguh-sungguh!