Cari Blog Ini

Khamis, 6 Februari 2014

Hargai Ibu- Bapa



Sedikit coretan untuk entri kali ini adalah berkaitan dengan penghargaan terhadap kedua-ibu bapa kita. Saya akui pekara ini telah acap kali didendangkan kepada kita, lantaran itu entri ini adalah   sekadar ingatan santai agar kita semua masih dan barangkali tidak lupa akan tanggungjawab yang berlangsungan ini. Sekiranya masih hidup kedua-ibu bapa anda, hargailah mereka seadanya. Sesungguhnya adalah mudah bagi kita untuk mengungkapkan "saya sayang ibu dan ayah saya", tetapi persoalan peribadi saya, adakah dengan ungkapan sahaja ianya cukup untuk menunjukan kasih sayang kita kepada mereka? Adakah sekeping gambar dimuka buku cukup untuk mengembirakan dan menghargai mereka? Saya kira semua diantara and tahu bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu, tetapi dalam kontek hari ini yang semakin moden, sejauh manakah kita dapat menjaga syurga itu dalam hidup kita? satu persoalan yang saya kira harus difikirkan oleh kita semua. Selain ibu, bapa juga tidak harus kita lupakan yang mana telah berkerja keras dan berhempas pulas untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya dan menjadi insan yang berkerjaya.  Apapun pengorbanan yang telah dilakukan, adalah patut bagi kita untuk mempersoalkan balasan kita terhadap pengorbanan mereka itu. Mungkin tidak terbayar setiap keringat yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa kita hanya untuk untuk melihat kita menjadi insan yang berjaya. Lantaran itu saya sarankan kepada anda semua hargailah ayah dan ibu SELAYAKNYA. Cubalah balas setiap pengorbanan mereka dengan kasih sayang.

Tidak dinafikan banyak kaedah yang dapat dilakukan oleh anda  untuk mengembirakan kedua ibu-bapa kita. Jika hendak disenaraikan semua kaedah-kaedah ini mungkin panjang, antara pekara-pekara yang boleh atau yang mungkin boleh dilakukan oleh anda semua adalah seperti berikut:
  • Berbicara dengan lemah lembut
  • Gembirakan hati mereka-tak perlu duit beribu, cukuplah dengan perihatin dengan keperluan mereka. banyak konteks yang boleh dibincangkan secara mudahnya elakanlah dari menguriskan hati mereka.
  • Doakan mereka- doa pengikat kasih sayang
  • Hubungilah ibu bapa-cintailah mereka tanpa syarat
  • Sambut hari jadi kita bersama mereka
  • Peluk dan cium mereka selalu
  • Bawa mereka melawat dan berjumpa saudara-mara dan kawan lama.-mereka dambakan saudara yang sudah lama tidak ketemu, igin mengibau kenangana

Walaupun terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan selain yang disarankan oleh saya ini, harapan saya kepada anda semua adalah sentiasa mengingati kedua-dua ibu bapa kamu. Sesungguhnya rezeki dan keredhaan hidup kita akan lebih berkat jika kita mentaati kedua -ibu bapa kita. Akhir kalam dari saya untuk entri kali ini ialah semoga kita semua lebih memahami kehendak ibu bapa kita dan hargailah mereka selagi hayat dikandung badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.