Cari Blog Ini

Rabu, 8 Januari 2014

Tahun Baru 2014



Seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini adalah merupakan tahun baru yang mana saya kira pasti akan membuka lembaran yang baru pada saya. 

Alhamdulilah, tahun ini juga saya dapat menyambut tahun baru bersama cahaya mata yang baru di dalam keluarga saya. Sesungguhnya, segalanya telah direncanakan  olehNYA dengan baik. Apapun, pada hemat saya ramai dikalangan anda (pelajar-pelajar) yang pastinya akan menghadapi tahun ini dengan semangat dan azam yang baru. Mungkin juga ramai yang sudah tamat pengajian dan ramai juga yang sudah dan akan berumahtangga. Apapun yang akan berlaku, entri awal tahun ini saya bukakan dengan doa yang ikhlas dari saya agar kamu semua lebih maju jaya dan menjadi insan yang lebih baik. Pekara yang berlalu jadikanlah ianya satu sejarah, pengalaman dan kenangan untuk kamu terus menempuhi hari hari baru yang akan mendatang pada tahun 2014 ini.

SELAMAT TAHUN BARU!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.