Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Disember 2013

Hujung Tahun di Singapura, Aryna and Ayra!



Acara bagi tahun ini di tutup dengan rasminya.

Entri untuk kali ini sempena penghujung tahun 2013 saya kongsikan sedikit aktiviti tahunan bersama keluarga. Mungkin satu kenangan yang terindah bagi saya, tetapi mungkin tidak bagi anak kedua saya ini.

Aryna dan Ayra

Inilah pertama kali Ayra menjejakkan kaki ke Singapura. Mungkin agak janggal dan sedikit kekok apabila terpaksa menguruskan dua orang anak dan inilah yang agaknya dikatakan asam garam dunia. Alhamdulilah, walaupun agak kelam kabut, segalanya dipemudahkan dan kami sekeluarga memang enjoy bersama-sama. Tidak dinafikan juga memang penat

Universal studio
Marina Bay Sands



Tahun ini dan kali ini kunjungan kami ke singapura tertunai. Sempat kami mengunjungi beberapa tempat yang tidak dapat pergi selama kunjungan kami ke sini beberapa tahun yang lalu. seronoknya lagi, sempat juga kami sekeluarga mejejakan kaki ke Universal Studio walaupun penat tapi memang berbaloi. Arynalah antara orang yang paling gembira seronok, dan teruja.

Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana memberikan tahun 2013 ini penuh kegembiraan, rezeki, kesihatan dan keharmonian. Moga terus dipanjatkan kehidupan ini seterusnya ke masa hadapan dan sehingga akhir hayat 





Sempena Tahun 2014 yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya harapkan semoga kehidupan ini dilimpahi rahmat dan sesungguhnya saya bersyukur dengan segala nikmat telah diberikan. Apapun harusklah kita beringat akan pinjaman sementara ini, dan gunakanla kesempatan yang ada dengan sebaiknya agar ianya menjadi satu memori indah yang bakal ditinggalkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.