Cari Blog Ini

Rabu, 14 Ogos 2013

Pinjaman Perniagaan. Apa yang perlu difikirkan?



PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat digalakan oleh Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan dapat menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Entri kali ini yang ingin saya sentuh secara ringan adalah mengenai pinjaman perniagaan. Perkara pertama yang pastinya akan difikirkan oleh kita apabila ingin berniaga ialah modal dan satu pekara yang sering timbul dan akan dikaitkan adalah mengenai kecukupannya?  


Adalah tidak dinafikan ramai peniaga dan usahawan perlukan pinjaman bagi menguruskan perniagaan mereka samada sebagai modal pusingan, membeli mesin dan sebagainya. Tetapi pada pandangan saya ramai yang gagal untuk menguruskan pinjaman mereka dengan baik yang mana sekaligus menyebabkan kegagalan untuk membuat bayaran balik. Pada asasnya membuat pinjaman ini adalah bergantung kepada keperluan perniagaan dan bukannya kehendak pemilik. Namun begitu, ramai diantara ushawan/peniaga tidak mengamati pekara ini atau jarang mengambil kira perkara ini dengan sebetulnya. Hakikatnya, jika diamati ramai yang mengambil mudah melalui perkiraan kasar. Adalah menjadi aspek penting sebenarnya kepada kita untuk membuat perkiraan terpenci tentang keperluan pinjaman kerana ianya akan memberi kesan kepad perniagaan semasa membuat  bayaran balik. Mungkin ramai yang tidak mahu tahu atau tidak peduli akan pekara ini dan dianggap sebagai teori semata-mata(wahuallam). Pada pendapat saya, salah satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk menentukur keperluan pinjaman ialah dengan melakukan "Model Kewangan"( Financial Modelling). Mungkin tidak dapat saya huraikan pada entri kali ini, tetapi Insha Allah  jika ada kesempatan akan saya bincangkan dengan lebih mendalam pada entri yang akan datang. Namun begitu, secara amnya, model kewangan adalah satu kaedah mensimulasikan seluruh aspek kewangan perniagaan yang mana merangkumi dari aspek input perniagaan, pemprosesan sehinggalah output perniagaan. Jika diamati ianya ialah adalah satu teknik yang mengambil kiraan kos sepenuhnya yang mana merangkumi seluruh keupayaan sesebuah syarikat atau perniagaan iaitu dari aspek material, buruh, overhead dan lain2 lagi. Dengan analysis yang baik sudah pastinya kita dapat menentukukur keperluan pinjaman yang dikehendaki. Yakni, dapat membuat pinjaman peniagaan atas keperluan dan bukannya atas kehendak pemilik. Di malaysia terdapat pelbagai bentuk pinjaman samada daripada kerjaaan ataupun bank. Jika kita mengamati dan membuat analisis yang baik maka, dapatlah kita memilih bentuk pinjaman yang bersesuaian dengan perniagaan yang ingin atau sudah kita dijalankan. Dengan berpandukan model kewangan yang kita ada, maka dapatlah disesuaikan dengan jumlah bayaran ansuran dan juga faedah pinjaman yang akan dikenakan.


Akhir kalam untuk entri ini, saya nasihatkan kepada anda yang sudah atau ingin memulakan perniagaan agar betul-betul mengambil kira model kewangan anda sebelum membuat sebarang pinjaman. Sebarang pinjaman akan memberi kesan kepada samaada dalam tempoh jangka masa pendek ataupun jangkamasa yang panjang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.