Cari Blog Ini

Rabu, 11 September 2013

MAAF: Satu pemberian bermakna jika ianya bersungguh-sungguh




Entri bulan ini adalah sedikit perkongsian ringan daripada saya kepada anda semua tentang "kemaafan". Saya akui dan percaya pekara ini telah biasa anda dengar, jesteru paparan entri saya ini adalah sekadar mengingatkan kita sesama sendiri. Sesungguhnya sebagai manusia biasa, adalah tidak dapat dielakan oleh setiap daripada kita (yakni setiap individu) daripada melakukan kesalahan. Ini adalah kerana tidak ada seorang manusia pun yang  sempurna sifatnya. Oleh yang demikian, pastinya kita semua tidak akan terlepas dan pernah melakukan kesalahan terhadap seseorang samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai insan biasa, adalah menjadi satu pekara penting bagi kita untuk memohon kemaafan sekiranya menyedari akan suatu kesalahan yang telah dilakukan. Pandangan peribadi saya, sesungguhnya memohon sebuah kemaafan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ia bukanlah hanya sekadar berjabat tangan tetapi perlu disusuli dengan rasa kesungguhan, kekesalan dan keikhlasan. Seandainya, jika ada dosa besar telah dilakukan, ianya perlulah lebih telitikan melalui proses taubat yang lebih bersungguh-sungguh. Adalah perlu bagi anda menyebut kesilapan dan dosa lalu (jika ianya tidak menimbulkan fitnah), kemudian haruslah diikuti dengan janji tidak mahu mengulanginya lagi, seterusnya penyesalan yang amat sangat serta rasa malu dengan perbuatan lalu. Sekadar bersalam dan dalam keadaan suka-suka mungkin sebuah kemaafanyang disebut itu tidak kesampaian. Cadangan dan fikiran  saya bersalamanlah dengan orang yang pernah kita lakukan kesilapan terutama kedua-dua ibu bapa, suami isteri, adik-beradik dan orang tertentu sepatutnya pegang tangan erat-erat, peluk kemas-kemas serta sebutkan salah silap dengan jelas. (selagi tidak menimbulkan fitnah dan sengketa yang lebih besar.) Kalau boleh dengan linangan air mata yang mana keikhlasan yang dizahirkan melalui kekesalan dan kemaafan, Insha-Allah saya rasa ianya pasti amat bermakna yankni ‘maaf kita ungkapkan itu. 




Sesungguhnya saya sedar akan kelemahan diri sendiri ataupun sesiapa sahaja, memaafkan bukanlah pekara yang mudah. Sebagai mangsa yang terpaksa menanggung derita diperlakukan ketidakadilan, diperlakukan begitu, diperlakukan begini, di zalimi dan sebagainya. Maka apabila mengenangkan pekara ini, adalah sukar sekali hati ini atau sesiapapun untuk begitu mudah memberi sebuah kemaafan. Apapun hakikatnya, saya pasti memaafkan orang lain dan mendapat sebuah kemaafan sudah pastinya membuatkan kita lebih tenang damai dan lapang. Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.