Cari Blog Ini

Rabu, 10 Julai 2013

Memiliki Rumah Idaman? Rancang Kewangan Anda!






Memiliki sebuah rumah adalah satu pekara yang pastinya akan bermain di fikiran bagi setiap individu yang telah berumahtangga. Tidak dinafikan pekara ini akan menjadi satu pekara penting didalam hidup seseorang. Lantaran itu, paparan entri saya kali ini adalah satu pandangan peribadi dari saya untuk dikongsikan kepada anda semua yang bakal menghadapi situasi ini tidak lama lagi. Adalah diharapkan ianya mungkin sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh anda dan dijadikan panduan.

Satu teka-teki yang pastinya akan bermain difikiran anda apabila hendak membeli rumah nanti ialah apabila hendak menentukan tahap kesediaan untuk memiliki sesebuah rumah. Bagaimanakah anda akan dapat tahu kesediaan ini? Satu persoalan yang saya kira akan berlegar di fikiran andaMelalui pengamatan saya, sebenarnya tiada satu pun garis panduan yang tepat untuk menentukan tahap kesediaan ini tetapi secara amnya, untuk memiliki sebuah rumah saya pasti anda haruslah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap. Walaupun anda adalah seorang peniaga, pastikan dahulu pendapatan anda sudah stabil sebelum membuat keputusan membeli rumah. Membeli rumah tanpa pendapatan yang tetap  pastinya akan memberikan kesan kepada kehidupan dan perbelanjaan bulanan anda. Ini kerana membeli rumah pada lazimya adalah merupakan satu komitmen yang panjang( kebiasannya 20-25 tahun). Sesungguhnya dalam kontek pembelian rumah hanya segelintir sahaja yang mampu untuk membeli secara tunai ,manakala yang selebihnya pasti akan menggunakan pinjaman(samada pinjaman dari bank ataupun kerajaan). Oleh yang demikian keputusan membeli rumah idaman adalah amat berkait rapat dengan pendapatan yang anda perolehi. Jesteru perancangan dan strategi kewangan perlulah dipertimbangkan sebaik mungkin oleh anda. Secara kasar, jumlah wang tunai yang lazimnya mencukupi bagi anda untuk memiliki sebuah rumah pilihan  adalah berdasarkan satu pertiga daripada pendapatan bulanan. Ini bermaksud, jika pendapatan anda adalah sebanyak RM 3000 maka kelayakan anda untuk mencari rumah pilihan adalah sekitar bayaran RM1000 sebulan. Carilah rumah pilihan anda dengan kemampuan bayaran sebulan tidak melebihi RM 1000. Selain itu anda juga perlulah juga mengambil kira jumlah deposit/pendahahuluan yang perlu dibayar. 

Selain faktor kewangan, terdapat juga beberapa faktor lain yang perlu diambil kira oleh anda sebelum membuat keputusan membeli rumah. Misalnya waktu yang sesuai untuk membuat keputusan membeli. Beli sekarang atau kemudian. Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat keputusan membeli. Sebenarnya, Tiada piawaian atau standard yang tetap dapat ditentuukurkan. Nasihat saya, dapatkan cuba dapatkan nasihat dari profesional atau melihat dari sudut prospek ekonomi. Buat sedikit pemerhatian dan cari harga rumah yang bersesuai atau penurunan harga rumah sebelum membuat keputusan. Kebiasaannya terdapat dua sebab kenapa kita ingin memiliki sebuah rumah. Pertama,  adalah untuk diidami dan yang kedua adalah sebagai pelaburan. Jika anda melihat ianya sebagai satu aspek pelaburan, secara peribadi saya nasihatkan agar pembelian itu haruslah berdasarkan penilaian kepada pulangan sewaan dan peningkatan nilai rumah. Selain ini, beberapa aspek-aspek lain juga perlu dilihat oleh anda contohnya seperti jenis rumah dan pemaju(siasat dahulu), kualiti rumah(lihat dari pelan), lokasi dan kejiranan, kedai, sekolah, klinik, jalanraya, status rumah, pajakan atau pegangan bebas, mudah dijual atau disewakan dan peningkatan modalDisamping faktor  ini,  pada hemat saya persediaan emosi juga amat  memainkan peranan penting dalam menyusun atur perancangan kewangan anda apabila membeli rumah nanti. Ini adalah kerana  setiap perangkaan dalam kontek pembelian rumah pastinya akan menjejaskan bayaran bulanan, maka haruslah anda fikirkan pengurangkan perbelanjaan lain.

Akhir kalam untuk entri kali ini ialah satu ingatan ringkas untuk anda yang ingin memiliki rumah. "rancang kewangan anda sebelum membeli". Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Ini adalah kerana membeli rumah ada pelaburan terbesar dalam kontek kehidupan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.