Adalah
tidak dinafikan, komputer adalah merupakan satu keperluan yang dituntut oleh kebanyakan
pelajar pada zaman sekarang. Isu ini saya rasakan bukan saja melibatkan pelajar
malah orang dewasa dan kanak-kanak juga merasakan bahawa mereka perlu kepada
komputer. Oleh yang demikian entri saya pada kali ini dimuatkan dengan sedikit
bingkisan kepada pelajar-pelajar, terutamanya pelajar-pelajar semester satu,
yang mana mungkin berhajat untuk membeli komputer. Sesungguhnya gunakanlah wang
PTPTN kamu dengan bijak agar pengurusan kewangan kamu akan lebih baik. Adalah diharapkan entri
ini juga dapat sedikit sebanyak membuka minda kamu supaya tidak menyesal kelak
apabila membeli komputer.
Adalah perlu dingatkan kepada diri kamu sendiri, apabila hendak membeli komputer, fikir dan renungkan sejenak akan kegunaaan komputer yang ingin dibeli. Jelaskan kegunaanya pada diri sendiri. Sekiranya ianya sekadar untuk membuat kerja menaip( seperti tugasan dan melayari internet), maka pada hemat saya komputer yang biasa atau komputer tahap rendah sudah memadai buat kamu. Sekiranya kamu memiliki komputer yang bertahap tinggi tetapi tidak menggunakan kelebihanya ternyata kamu hanya sekadar membazirkan wang yang kamu miliki. Pada pendirian saya sebaiknya duit ini dapat digunakan untuk keperluan kamu yang lain.
Adalah perlu dingatkan kepada diri kamu sendiri, apabila hendak membeli komputer, fikir dan renungkan sejenak akan kegunaaan komputer yang ingin dibeli. Jelaskan kegunaanya pada diri sendiri. Sekiranya ianya sekadar untuk membuat kerja menaip( seperti tugasan dan melayari internet), maka pada hemat saya komputer yang biasa atau komputer tahap rendah sudah memadai buat kamu. Sekiranya kamu memiliki komputer yang bertahap tinggi tetapi tidak menggunakan kelebihanya ternyata kamu hanya sekadar membazirkan wang yang kamu miliki. Pada pendirian saya sebaiknya duit ini dapat digunakan untuk keperluan kamu yang lain.
Mungkin ada sebahagian pelajar yang
gemar bermain permainan komputer (computer games) dengan komputer. Jika sekiranya kamu membeli komputer
dengan tujuan ini, maka perhatian perlulah diberikan kepada RAM komputer
tersebut. Pada pengetahuan saya, sebenarnya komputer tahap biasa
sebenarnya sudah cukup untuk games yang
biasa. Walau bagaimanapun nasihat saya cuba dapatkan sekurang-kurang RAM 1GB
untuk tujuan ini sebagai permulaan, sekiranyanya cukup maka tidak perlulah ianya
ditambah dan mungkin bajet wang yang ada boleh digunakan untuk membeli RAM itu dapat
digunakan untuk membeli “Graphic card’ ( jika games tadi
memerlukannya). Adalah diingatkan juga disini sekiranya kamu menggunakan komputer
untuk tujuan design atau 3D, Processor, RAM dan Graphic
card yang baik dan bagus amat memainkan peranan yang penting. Pada
pendapat saya kapasiti hardisk tidaklah harus dihiraukan atau di risaukan
sangat, ini adalah kerana kebanyakan komputer hari ini sudah dibekalkan dengan
kapasiti diantara 160GB -320GB. Maka isu
kapasiti hardisk dalam pembelian komputer bolehlah diselaraskan dengan bajet
kamu.
Diingatkan
juga kepada kamu supaya lebih baik bersabar, sekiranya mempunyai bajet yang
kecil tetapi berkehendakan komputer yang mempunyai kegunaan yang tinggi. Apa
yang cuba saya maksudkan di sini adalah terus mengumpul wang untuk membeli
komputer yang sesuai. Ini adalah kerana jika kamu terus membeli komputer
berdasarkan bajet yang kecil, dikhuatiri kamu tidak dapat membuat kerja dengan
tujuan dan keperluan yang sebenarnya. Seandainya kamu mempunyai bajet yang
besar, tidak semestinya kamu terus memilih komputer yang bertahap tinggi.
Imbangkan kegunaannya, ini kerana harga komputer ini sebenarnya semakin lama
semakin rendah dan kesannya menyebabkan susut nilai yang amat tinggi sekiranya
kamu ingin menjualnya kelak. Oleh yang demikian, walaupun kamu mempunyai bajet
yang besar, beli sekadar keperluan kamu sahaja. Pada waktu yang lain, sekiranya
keperluan itu bertambah ianya boleh di tambah baikan(uprgrade) pada bila-bila
masa sahaja dan berkemungkinan harga uprgrade ini lebih rendah berbanding jika
kamu membelinya dahulu. Elakan daripada membeli komputer kerana mempunyai wang,
nasihat saya belilah komputer pada sememangya kamu memerlukan. Ini lebih menjimatkan
sebenarnya. Untuk makluman kamu peredaran teknologi sangat cepat jika kamu
membelinya kerana ada wang, kelak kamu akan menyesal, kerana pada waktu itu
anda boleh mendapatkan komputer yang lebih baik dengan harga yang sama anda
beli dahulu. Ini adalah kerana peredaran teknologi menyebabkan harga komputer semakin lama semakin murah. Untuk mengelakan
pembaziran wang, saya juga ini menasihatkan kepada kamu agar membeli komputer
pada waktu jualan murah seperti PC fair. Jika ada, ambil peluang itu untuk
membuat pilihan komputer yang paling murah dan jangalah rambang mata dek
penangan promosi daripada pelbagai pengedar yang cuba mempromosikan jualan
murah mereka.
Akhir
kalam dari saya untuk minggu ini, janganlah membazir wang kerana menjadikan
komputer itu satu fesyen dan trend untuk kamu bergaya dan memuaskan hati kamu.
Bijaklah mengurus keewangan peribadi anda.
good advice :D
BalasPadamsaya pun dulu fikir nak ikut trend ja.. tapi sekarang dah boleh fikir mana yang lebih penting :D
Good..nasihat adik-adik sama
BalasPadam