Cari Blog Ini

Selasa, 20 Disember 2011

Beli Komputer Ikut Keperluan Satu Keputusan Bijak Mengurus Wang


Adalah tidak dinafikan, komputer adalah merupakan satu keperluan yang dituntut oleh kebanyakan pelajar pada zaman sekarang. Isu ini saya rasakan bukan saja melibatkan pelajar malah orang dewasa dan kanak-kanak juga merasakan bahawa mereka perlu kepada komputer. Oleh yang demikian entri saya pada kali ini dimuatkan dengan sedikit bingkisan kepada pelajar-pelajar, terutamanya pelajar-pelajar semester satu, yang mana mungkin berhajat untuk membeli komputer. Sesungguhnya gunakanlah wang PTPTN kamu dengan bijak agar pengurusan kewangan  kamu akan lebih baik. Adalah diharapkan entri ini juga dapat sedikit sebanyak membuka minda kamu supaya tidak menyesal kelak apabila membeli komputer.


Adalah perlu dingatkan kepada diri kamu sendiri, apabila hendak membeli komputer, fikir dan renungkan sejenak akan kegunaaan komputer yang ingin dibeli. Jelaskan kegunaanya pada diri sendiri. Sekiranya ianya sekadar untuk membuat kerja menaip( seperti tugasan dan melayari internet), maka pada hemat saya komputer yang biasa atau komputer tahap  rendah sudah memadai buat kamu. Sekiranya kamu memiliki komputer yang bertahap tinggi tetapi tidak menggunakan kelebihanya ternyata kamu hanya sekadar membazirkan wang yang kamu miliki. Pada pendirian saya sebaiknya duit ini dapat digunakan untuk keperluan kamu yang lain.
Mungkin ada sebahagian pelajar yang gemar bermain permainan komputer (computer games) dengan komputer. Jika sekiranya kamu membeli komputer dengan tujuan ini, maka perhatian perlulah diberikan kepada RAM komputer tersebut. Pada pengetahuan saya, sebenarnya komputer tahap biasa sebenarnya sudah cukup untuk games yang biasa. Walau bagaimanapun nasihat saya cuba dapatkan sekurang-kurang RAM 1GB untuk tujuan ini sebagai permulaan, sekiranyanya cukup maka tidak perlulah ianya ditambah dan mungkin bajet wang yang ada boleh digunakan untuk membeli RAM itu dapat digunakan untuk membeli “Graphic card’ ( jika games tadi memerlukannya). Adalah diingatkan juga disini sekiranya kamu menggunakan komputer untuk tujuan design atau 3D, Processor, RAM dan Graphic card yang baik dan bagus amat memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya kapasiti hardisk tidaklah harus dihiraukan atau di risaukan sangat, ini adalah kerana kebanyakan komputer hari ini sudah dibekalkan dengan kapasiti diantara 160GB -320GB. Maka  isu kapasiti hardisk dalam pembelian komputer bolehlah diselaraskan dengan bajet kamu.

Diingatkan juga kepada kamu supaya lebih baik bersabar, sekiranya mempunyai bajet yang kecil tetapi berkehendakan komputer yang mempunyai kegunaan yang tinggi. Apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah terus mengumpul wang untuk membeli komputer yang sesuai. Ini adalah kerana jika kamu terus membeli komputer berdasarkan bajet yang kecil, dikhuatiri kamu tidak dapat membuat kerja dengan tujuan dan keperluan yang sebenarnya. Seandainya kamu mempunyai bajet yang besar, tidak semestinya kamu terus memilih komputer yang bertahap tinggi. Imbangkan kegunaannya, ini kerana harga komputer ini sebenarnya semakin lama semakin rendah dan kesannya menyebabkan susut nilai yang amat tinggi sekiranya kamu ingin menjualnya kelak. Oleh yang demikian, walaupun kamu mempunyai bajet yang besar, beli sekadar keperluan kamu sahaja. Pada waktu yang lain, sekiranya keperluan itu bertambah ianya boleh di tambah baikan(uprgrade) pada bila-bila masa sahaja dan berkemungkinan harga uprgrade ini lebih rendah berbanding jika kamu membelinya dahulu. Elakan daripada membeli komputer kerana mempunyai wang, nasihat saya belilah komputer pada sememangya kamu memerlukan. Ini lebih menjimatkan sebenarnya. Untuk makluman kamu peredaran teknologi sangat cepat jika kamu membelinya kerana ada wang, kelak kamu akan menyesal, kerana pada waktu itu anda boleh mendapatkan komputer yang lebih baik dengan harga yang sama anda beli dahulu. Ini adalah kerana peredaran teknologi menyebabkan harga komputer  semakin lama semakin murah. Untuk mengelakan pembaziran wang, saya juga ini menasihatkan kepada kamu agar membeli komputer pada waktu jualan murah seperti PC fair. Jika ada, ambil peluang itu untuk membuat pilihan komputer yang paling murah dan jangalah rambang mata dek penangan promosi daripada pelbagai pengedar yang cuba mempromosikan jualan murah mereka.

Akhir kalam dari saya untuk minggu ini, janganlah membazir wang kerana menjadikan komputer itu satu fesyen dan trend untuk kamu bergaya dan memuaskan hati kamu. Bijaklah mengurus keewangan peribadi anda.

2 ulasan:

  1. good advice :D

    saya pun dulu fikir nak ikut trend ja.. tapi sekarang dah boleh fikir mana yang lebih penting :D

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.