Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Disember 2011

Last week winner ! Datin Timah Consultant.


Assalamualaikum, entry pembuka  hujung  minggu ini  sekali lagi dimuatkan dengan consultant yang telah berjaya meyakinkan Datin timah kepada product yang boleh dipasarkan di Guardian outlet. Persaingan yang sangat hebat daripada semua consultant yang sudi menunggu Datn timah. Saya akui semua consultant yang hadir memang cukup hebat. Tahniah kepada semua, saya terharu dan kagum melihat kesungguhan yang ditunjukan kamu. Walau bagaimanapun kita tetap mencari pemenang.

Sengat Enterprise
SNS Company










Tempat pertama yang berjaya pada pusingan kali ini adalah daripada kumpulan Sengat Entreprise dan Kumpulan SnS company. Adalah diharapkan kumpulan kamu akan lebih proaktif, inovatif dan dapat mengilap bakat yang ada. Bukan setiap kali kita akan untung, ada kalanya kita juga rugi. Saya juga berharap agar kamu dapat bertahan dan consistent dengan keupayaan syarikat kamu. Saya percaya kamu akan berjaya suatu hari nanti dan begitu juga Datin Timah. Syabas!  dan  tahniah sekali lagi kerana berjaya meyakinkan Datin Timah InsyaAllah, Amin.

Iris Enterprise
Suwif Entreprise
Golden Entreprise
Tempat kedua yang telah dipilh oleh Datin Timah ialah kumpulan Suwif Entreprise, Iris Entreprise dan Golden Entreprise, walaupun kamu tewas bukanlah bermakna kamu tidak bagus, cuma  masih ada yang bagus. Mungkin pusingan akan datang kamu dapat menundukan dan menyaingi syarikat-syarikat yang telah berjaya ini. Saya berharap kamu dapat melengkapkan syarikat kamu dengan strategi-strategi yang lebih baik dan berkesan lagi. Kesungguhan kamu amat saya kagumi. 

Bagi consultant-consultant yang lain, Datin timah kurang yakin dengan produk-produk kamu. Bukanlah kamu tidak bagus cuma kurang menyakinkan beliau. Adalah diharapkan kamu dapat mengalahkan syarikat-syarikat yang lain pada lain-lain tugasan. Adalah juga diharapkan aktiviti ini dapat memupuk diri kamu agar menjadi usahawan yang sebenar satu hari ini. Apa pun harapan saya hanyalah satu, 'melihat kamu berjaya' dalam apa jua bidang yang kamu pilih. Syabas.

Apple Violet Sdn Bhd

Risque Entreprise
20th  Generation Enterprise
Black Pearl Enterprise
Queen Entreprise
Shal Entreprise

NA3
21 Century Enterprise


4 ulasan:

  1. moga ini dapat menjadikan kamu lebih baik dan cemerlang. keikhlasan kamu pada mendapat keberkatan

    BalasPadam
  2. taniah kepada pemenang...
    Kami yang tak menang ni akan berusaha lagi..ngee ;) Caiyok2

    BalasPadam
  3. tahniah kpd pemenang... luv u sir...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.