Cari Blog Ini

Khamis, 20 Disember 2012

Selamat Berjuang! anda mampu melakukan perubahan



Sempena musim peperiksaan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dan pendaftaran kemasukan pelajar diploma, saya ingin mengucapkan selamat berjuang kepada anda semua! Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada 2 Januari 2013, saya berharap agar kamu dapat menjawab semua soalan dengan baik dan dipermudahkan Allah S.W.T. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada ini dengan tekad yang bersungguh-sungguh. Saya sentiasa mendoakan anda semua berjaya.

Bagi pelajar-pelajar diploma yang baru mendaftar, selamat kembali! walaupun hujung semester masih jauh, janganlah dipersiakan masa yang ada ini. Segerakan segala proses pendaftaran, dapatkanlah  buku-buku dan nota untuk membuat ulangkaji dan persediaan yang lebih awal. Mungkin semester lepas ada di kalangan anda yang kecewa dengan keputusan peperiksaan, jadi hemat saya berusahalah pada semester ini. jika keputusan  anda cemerlang, teruskanlah kecermerlangan ini hingga semester yang terakhir.  Akhir kalam, Berusahalah selagi ada daya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.