Cari Blog Ini

Selasa, 5 Jun 2012

Nostalgia Terakhir Di bumi Jakarta!

Paparan entri untuk minggu ini adalah berkisar mengenai sebuah novel yang bakal diterbitkan dan digarap oleh seorang Akauntan. Bagi paparan anda semua, sedikit sinopsis untuk dibaca dan dikongsi sempena "Hari IBU". Moga sedikit perkongsian ini dapat membuatkan anda semua merenung sejenak, mengasihi dan menghargai jasa ibu yang tidak pernah berbelah bagi kasih sayangnya terhadap anda semua. Sesungguhnya sebagai anak, hendaklah sentiasa kita berdoa dan memohon kesejahteraannya kepada Allah S.W.T. Pada hemat saya inilah hadiah yang terbaik sempena hari ibu.



"Semua ibu-bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Anak-anak ditantang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil, segala kemahuan pasti dituruti walaupun kadang-kadang di luar kemampuan mereka. Jika ini dikenang, taktala dewasa, seorang anak haruslah berbakti kembali kepada mereka, sebenarnya bukanlah wang ringgit yang diutamakan oleh anak-anak kepada ibu-bapanya diusia tua, tapi kasih sayang, usik mengusik, ambil berat dan teman berborak adalah lebih utama di hati mereka. Namun yang hidup pasti akan mati, itulah erti kehidupan yang perlu direnung dan di ambil iktibar  oleh semua anak-anak yang pernah mengecapi kasih sayang dari ibu-bapa yang perihatin. Sekelumit masa yang ada adalah berharga bersama mereka, manfaatlah sebaik mungkin, jika dibiarkan ianya berlalu tanpa sekelumit memori indah yang diabdikan, sudah pasti akan wujud kekesalan dihati kita di suatu hari nanti. Mungkin percutian kami ke Indonesia yang lalu adalah merupakan nostalgia yang terakhir dihadiahkan oleh ibu kepada kami  agar disemat dalam ingatan untuk selama-lamanya. Padaku walaupun tiada jutaan wang ringgit dan harta yang ditinggalkan ibu tetapi memori ini lebih berharga dan tidak ternilai. Hati mana yang tidak tersentuh jika aku tahu inilah perjalanan terakhir aku dan ibu. Padaku ibu adalah seorang yang amat memendam perasaan, susah diungkapkan kegembiraan dan kesedihan di dalam hatinya. Sikap pendiam, rendah diri dan memahami orang lain sentiasa menyentuh hati dan sanubariku. Ya Allah! terima kasih menemukan aku dengan ibu walaupun hanya mengenalinya dalam masa yang singkat. Tidak terasa hati ini seperti seorang menantu, ya Allah, andai dapat aku undurkan masa, akan aku pastikan inilah saat paling terindah akan aku ukir bersamanya. Walaupun singkat memori indah ini, tapi ternyata belum cukup untuk aku meluahkan perasaan sayang dan kasih bersama isteri kepada ibu dan menghargai pengorbanannya dan jasa selama ini"........ 

Untuk membaca keseluruhan jalan cerita Nostalgia Terakhir Di Bumi Jakartka ini sila dapatkannya di pasaran tidak lama lagi. Insyallah!... Selamat Hari Ibu! Terima kasih kerana membesarkan dan menjadi  ibu yang terbaik buat kami semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.