Cari Blog Ini

Ahad, 5 Februari 2012

Saving Your Money!

Sebagai remaja adalah diakui kita belum banyak lagi membuat keputusan berkenaan hal kewangan. kebiasaanya ianya akan dilakukan oleh ibubapa kita. Kita tidak perlu risau berapa banyakah wang yang perlu dibelanjakan untuk rumah, bil, pakaian, kereta dan lain-lain.  Sebagai pelajar apa yang sentiasa kita harapkan adalah wang bulanan dari mereka dan mungkin sebahagianya adalah daripada wang pinjaman PTPTN.

Entri kali ini dimuatkan adalah untuk  berkongsi  paparan ringan kepada kamu semua supaya lebih berjimat dan mengawal perbelanjaaan. Tahukah anda semua bahawa pengurusan kewangan amat penting dan akan menjejaskan prestasi kamu sebagai pelajar.  Walaupun tiada kajian yang dapat mendokong penyataan saya ini tapi mungkin ianya benar? dan sejauh mana kebenarannya itu hanya diketahui individu itu sendiri. Adalah tidak dinafikan kos sara hidup di universiti semakin lama semakin meningkat, tetapi jika kita merancang kewangan dengan baik,  saya yakin kamu semua pasti mampu untuk mengawal situasi ini.  Bayangkan, ketika Arau pernah dilanda krisis air. Kenapa agaknya pada ketika itu kita boleh mengawal penggunaan air apabila sumber  air berkurangan. Kita amat bijak sekali menggunakan air  pada saat itu dan berjimat. Begitulah jua dengan penggunaan wang, seandainya kita banyak wang pastinya kita akan lebih berbelanja berbanding ketika kita mempunyai sedikit wang. Sebenarnya  sebagai pelajar kita haruslah mempunyai kesedaran dan mempertingkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan. Kecekapan dan perancangan kewangan ini adalah perlu kerana pada hemat saya ianya sedikit sebanyak akan meringankan beban kedua ibu bapa kita dan juga dapat menguruskan wang pinjaman PTPTN. Adalah harus diingat oleh kita semua bahawa wang pinjaman harus dibayar balik! Jika kita mampu mengurus dan menjana wang itu kembali, saya pasti penangguhan bayaran balik tidak akan berlaku. Untuk pengetahuan kamu semua, satu kajian di UiTM oleh Normala Samsudin pada tahun 2003 telah menunjukan trend kewangan yang tidak terancang lebih dominan terhadap pelajar. Kurangannya kesedaran kewangan dikalangan pelajar pada waktu amat diragui. Ramai yang berbelanja untuk memenuhi tuntutan peribadi berbanding tuntutan pembelajaran dan akhirnya tidak memiliki apapun hingga menyedari wang pinjaman habis begitu sahaja.

Perancangan kewangan contohnya sepeti budget bulanan, bijak berbelanja dan beberapa strategi lain lagi adalah merupakan pekara penting yang perlu diambil perhatian oleh kamu semua. Sebagai pelajar perakaunan saya berharap kamu mampu untuk menguruskan kewangan kamu dengan baik. Jadikan pengetahuan perakaunan kamu itu satu ilmu yang boleh dimanfaatkan kepada diri kamu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.