Cari Blog Ini

Ahad, 11 Mac 2012

Hadiah & Cinta


Adalah menjadi lumrah manusia berkasih sayang dan sebagai pelajar saya berani mengakui anda pun tak akan terlepas dari perasaan ini. Entri kali ini adalah sekadar untuk membuka minda anda semua tentang hadiah dan cinta, yang mana ingin saya luahkan melalui konsep pengurusan kewangan peribadi. Adalah tidak dinafikan oleh saya bahawa memberi hadiah adalah satu ekspresi cinta terhadap seseorang yang bercinta ataupun berkasih sayang. Pada pandangan saya, terdapat pelbagai bentuk hadiah yang boleh diberikan kepada si dia untuk membuktikan rasa kasih sayang. Ini mungkin samada dalam bentuk material/fizikal ataupun bukan dan ini juga termasuklah beberapa hadiah yang mungkin mudah dilupai atau tidak disedari yang pada maksud saya ialah tidak melibatkan wang. Contohnya seperti hadiah doa, hadiah bantuan dan hadiah mendengar.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi adat manusia lebih cenderung dan menyukai kepada hadiah lebih berbentuk fizikal. Contohnya seperti kereta, rumah, jam tangan, pakaian cincin dan lain-lain lagi. Melalui pengamatan dan pengalaman saya kemampuan seseorang itu untuk memberi hadiah adalah berdasarkan status kewangannya. Lebih besar poket seseorang itu, maka sudah pasti lebih baik hadiah yang akan cuba diberikan kepada si dia yang kononnya untuk menambat hati. Secara peribadi, jika cinta ini berkekalan, mungkin hal ini tidak menampakkan kesan, tetapi sekiranya putus ditengah jalan atau bertepuk sebelah tangan maka sudah pastinya sesalan si pecinta akan dihantui, dek pokai terkena panahan hadiah yang melampau nilainya.

Berapa banyak, besar atau kecil hadiah itu, pastinya pada hemat saya akan melibatkan sebahagian wang. Memang diakui bahawa hadiah untuk teman tercinta ketika belajar pasti tidak dapat di penuhi dengan baik dan kadang2 pasti difahami oleh si dia. Walau bagaimanapun si pecinta akan tetap memberikan hadiah.( contohnya seperti coklat,teddy bear, buku, bunga dan lain-lain lagi). Pandangan peribadi saya, ini bukanlah satu kesalahan, tetapi apa yang ingin diingatkan disini adalah agar anda semua berpada -pada dalam hal ini. Janganlah sampai menyiksa diri dan menyusahkan keluarga dalam kontek perbelanjaan hadiah kepada si dia itu. Berdasarkan kajian, kos perbelanjaan percintaan selama 3 tahun di universiti boleh mencecah sehingga RM30,000 atau lebih bagi setiap pasangan yang bercinta. Ini termasuklah kos bil telefon, menonton wayang, makan, minyak kereta, tol dan lain-lain lagi. Tidak diragui oleh saya setiap pasangan yang bercinta pastinya tidak keruan jika tidak berjumpa atau berpacaran, dan setiap pertemuan itu pastinya akan melibatkan sejumlah wang. Dengan keadaan hari ini, setidak-tidak, seseorang itu pastinya akan berbelanja lebih RM20 bagi setiap kali pertemuan. Bayangkan jika kamu dapat menyimpan sebanyak RM20 sehari, cuba kamu darabkan selama 30 hari dan darabkan pula jumlah itu setahun iaitu 12 bulan. Jumlahnya adalah RM7600 dan bayangkan 3 tahun berada di universiti jumlahnya adalah RM21,600. Pada hemat saya jika wang yang dikumpul ini diletakan ditempat yang betul pasti jumlahnya ini mungkin boleh berlipat ganda. Adalah menjadi kepastian setiap pasangan itu akan ke jinjang pelamin dah pastinya wang ini boleh digunakan.


Akhir kalam dari saya untuk kali ini adalah sebuah harapan agar anda semua beringat dan bijak menguruskan kewangan anda! Berjimatlah ketika kita mempunyai wang agar mudah di kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.