Cari Blog Ini

Isnin, 12 Disember 2011

Welcome to MyClass

Walaupun minggu ini adalah merupakan minggu ke-4, saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru Batch 2011/2012 DIA dan DIAS. Saya berharap agar kamu semua sudah dapat menyesuaikan diri di dalam kampus yang dikenali di kalagan pelajar senior sebagai Araustralia dan BolehLand ini. Sebagai pelajar baru juga saya berharap kamu bijak mengurus dan membahagikan masa untuk belajar. Untuk pengetahuan kamu belajar di universiti memerlukan komitmen dan semangat juang yang kuat kerana kamu bersaing dan berada diantara yang terbaik dan terpilih. . Gunakanlah kesempatan dan peluang ini untuk belajar bersungguh. Andai kata ini adalah peluang kedua kamu, gunakanlah ia sebaik mungkin. Belajarlah pekara-pekara yang baik dari pelajar senior kamu dan elakan gejala2 negatif dari mereka.


ACD1Az


Moga pembuka kursus AIS 130 yang lalu dapat menyuntik semangat kamu dan sekaligus membuka pemikiran kamu untuk terus berada di sini. Harapan saya juga ialah melihat lebih banyak A lagi untuk kursus ini.InsyaAllah.... Salam dari saya.

3 ulasan:

  1. wah... teringat zaman masa part 1.. our class was so fun... hekhekhek...

    BalasPadam
  2. zaman tu dah berlalu, kamu semakin matang...terus mendongak.....

    BalasPadam
  3. btul2.. teringat tyme part 1.. ^_^

    sir, tak leh nak dongak sangat.. nanti tak nampak jalan kat depan.. hehe..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.