Cari Blog Ini

Ahad, 3 Mac 2013

Aryna Azrul



Entri kali ini dimuatkan dengan sekadar paparan ringan buah hati kesayangan saya semasa percutian kali kedua kami ke bumi Sabah. Pertama kalinya Aryna menjejakan kakinya ke sabah ialah pada tahun 2010, ketika dia berumur 2 tahun dan kali ini 2012/13 ketika Aryna berumur 4 tahun. Paparan ringan ini sebenarnya adalah satu diskusi ringan tentang perjalanan usia dan masa untuk kita fikir-fikiran. Apa yang baik, jadikanlah teladan.

Aryna 2012/2013
Berbanding dua tahun dahulu, Aryna kini sudah pandai berenang dan lebih yakin. Kalau dua tahun dahulu dia amat perlukan bantuan dan sokongan ketika di kolam renang tetapi kini tidak lagi. Aryna lebih nampak berdikari dan lebih berani. Melihat pekara ini, membuatkan saya terfikir sejenak akan perjalanan hidup yang kita lalui sehingga kini.  Satu pekara yang mungkin boleh diungkapkan melihat keadaan ini ialah mungkin "pengalaman" dan "usaha". Memang tidak dinafikan setiap kehidupan pastinya akan mendapat panduan, bantuan dan rahmat dengan cara yang berbeza, namun ianya mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mengecapinya. Secara peribadi,  kepercayaan saya ini mungkin tidak benar kerana segala yang berlaku adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh yang MAHA kuasa. Apapun sesuatu kejayaan itu pasti akan muncul jika selalu berusaha dan taat melaksanakanya dengan bersungguh-sungguh dan pekara ini haruslah dijadikan azimat di dalam diri kita. Walaupun kita tidak pasti bilakah kejayaan akan muncul, masa semestinya pasti akan menentukan kejayaan yang bakal kita dikecapi nanti.
Aryna 2010/2011
Perlukan pelampung dan kurang keyakinan diri, kini lebih berekplorasi dan berani. Mungkin benar kata orang tua dahulu, "Usia dan pengalaman akan pastinya mendewasakan kita", Petikan kata Pak Dollah, (Kg Banggol 2001). Secebis pengalaman perlu dibayar dengan secebis masa dan pastinya akan mendewasakan kita. Bagi yang bijak, ini akan membuat anda menjadi insan yang lebih baik.

Aryna 2010/2011
Taktala masa berlalu,  jarak masa selama 2 tahun melihat Aryna membesar sungguh ketara apabila saya amati  melalui gambar-gambar yang diambil. Melihat perbezaan ini, saya kira ianya pasti akan meninggalkan pelbagai kesan yang tidak dijangka pada diri saya. Apabila direnung sejenak pekara ini sekaligus mengingatkan saya akan erti dewasa. Cepatnya masa berlalu dan pergi sehingga kita tidak terasa ianya berlalu dan pergi. Masa dahulu ketika kanak-kanak kita mahukan cepat dewasa, tetapi bila dewasa kita merasakan ianya seolah-olah cepat sungguh masa itu berlalu. Merindui saat zaman kanak-kanak. Apapun yang nyata ialah hanya secebis gambar yang pasti ditinggalkan untuk sebuah memori selamanya. Pada hemat saya, kecapi masa dan hargailah setiap masa yang ada bersama  orang yang tersayang. Ini kerana masa yang pergi nanti tentunya tidak akan kembali.

2010/2011 
Wajah merajuk di waterfont Kota Kinabalu dan wajah merajuk ketika di airport Alor setar sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur. Ekpresi merajuk ini amat berbeza sekali jika dibanding ketika berumur dua tahun dan ketika berumur empat tahun. Adalah menjadi lumrah biasa setiap manusia jika tidak ada yang berkenan di hati atau tidak mendapat apa yang dikehendaki pastinya akan merajuk. Melihat perlakuan ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir, kerana pekara  ini bukan sahaja berlaku kepada anak-nak kecil malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Pandangan peribadi saya apabila  menyingkap ekpresi merajuk, tawar hati saya dapati ianya adalah berbeza-beza pada setiap individu dan dipengaruhi oleh faktor usia. Ekpresi merajuk kanak-kanak mungkin mudah dipujuk, tetapi ekpresi orang dewasa mungkin agak susah dan lebih sukar dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk memujuk. Apapun perasaan ini haruslah dibendung dan sentiasa dibetulkan di dalam diri, kerana mungkin pada satu peringkat ianya boleh memakan diri. 
2012/2013
Sentap seketika Aryna apabila tiba dirumah selepas bercuti kerana tiada lagi kucing kesayangan yang dihadiahkan oleh uncle Abu Feraz dan auntie Maida. Kali terakhir dilihat ialah di terminal 2 kota kinabalu Sabah. Melihat gambar ini sekali lagi saya kenangkan keadaan merajuk Aryna dek tidak dilayan untuk mendapatkan sesuatu. Melihat dua gambar yang berbeza masa ini membuat saya terfikir dua pekara iaitu "Kehilangan" dan "Pertemuan". Adalah menjadi pekara yang biasa kita ketahui iaitu dimana ada pertemuan pastinya akan ada pengakhiran. Walaupun ianya agak "klise" pada hemat saya ianya adalah satu pekara yang rasa perlu  diamati dan didalami melalui satu pespektif yang lebih nyata dan mendalam pada diri kita. Satu pekara yang kita harus belajar untuk menerima dan redha akan kententuan yang telah ditulis ini. Saya percaya masa dan perjalanan hidup setiap individu akan mengajar akan penerimaan ini dari masa ke semasa.
2010/2011
Wajah gembira. Pastinya kita akan gembira apabila mendapat sesuatu yang baru dan bukan dari kelaziman yang biasa. Kanak-kanak sangat pandai mengekpresi kegembiraan tetapi kenapa semakin kita dewasa kita gagal atau kurang menunjukan ekpresi ini? Adakah kita lebih dewasa dan mempunyai ke-egoaan atau malu dengan keadaan? Melihat gambar Aryna di dalam pesawat ini,  saya termanggu dari satu perspektif dan tefikir akan perlakuan kanak-kanak yang penuh dengan perasan ingin tahu, berani untuk bertanya, sentiasa mencuba dan terus mencuba sehingga dapat mempelajari sesuatu.  Apabila dibandingkan dengan orang dewasa, ternyata perlakuan itu tidak sebegini, apa yang saya perhatikan semakin dewasa kita semakin kurang perasaan ini.  Menyingkap perasaan ini, saya terfikir adakah anggapan saya ini salah? atau mungkin tidak bagi sesetengah individu. Satu pekara yang masih lagi menjadi tanda tanya di kotak pemikiran saya.
2012/2013
Kenangan bersama ketika membeli belah di pasar filipina. Ketika ini Aryna masih belum fasih berkata-kata. Melayan karenahnya sambil membeli belah memang memenatkan saya dan isteri.  kelakuan Aryna ketika ini  adalah sangat mencabar susah untuk mengawasinya ditambah pula sudah pandai berjalan sendirian dan penuh dengan sifat ingin tahu dan gemar berekplorasi. Walaupun penat melayan karenahnya, pada hemat saya inilah kurniaan dan nikmat yang Allah berikan kepada kami dan saat ini  pastinya tidak akan dilupakan oleh setiap orang yang sudah bergelar ibu dan bapa.
2010/2011
Rasa kehilangan, Aryna tercari-cari saya ketika di Airport antarabangsa Pulau Pinang. Menangis adalah satu cara yang  dilakukanya, mungkin kerana rasa takut berseorangan atau mencari perhatian di sekeliling. Melihat pekara ini, pada hemat saya mungkin ada benarnya. Menangis kadang-kadang boleh mententeramkan kita seketika untuk mencari jalan penyelesaian. Sudah pasti semua manusia akan atau pernah merasa perasan kehilangan. Melalui saat ini adalah satu kesukaran kerana perasaan ini nyata amat pedih. Apapun haruslah diingat akan setiap hikmahnya pada setiap kehilangan yang ditujukanNYA dan sesungguhnya setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.
2010/2011
Berbanding dahulu dan sekarang, kini Aryna tampak lebih berani dan yakin walaupun ditinggalkan seketika, malah tahu untuk mengatasi emosi dan perasaan malah lebih bijak untuk bertindak. Jelas Aryna nampak lebih mudah untuk mencari di kala dia hilang punca. Aryna ketika di airport Kota  Kinabalu.
2012/2013
Hidup ini pastinya memerlukan insan lain samada secara langsung atau tidak langsung. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi adalah merupakan aspek yang amat penting dalam proses menjalani sebuah kehidupan. Setiap daripada kita harus memahami kontrak sosial ini dengan baik agar keharmonian hidup sesama manusia dapat dibendung. Aryna  sudah mula berkomunikasi dan mempunyai sifat ingin berkawan( satu proses membentuk diri dalam kontrak sosial) , Aryna di pulau Sapi Sabah.
2012/2013
Akhir kalam dari saya untuk entri kali ini ialah satu pesanan untuk kita semua dalam menjalani arus kehidupan yang berbeza. "Biarlah apapun yang berlaku,  sentiasalah menjadi insan yang mulia dan bertakwa demi kesejahteraan di dunia dan akhirat". Setiap pekara yang terjadi di dalam kehidupan kita sudah pasti ada hikmah dan telah diatur olehNYA. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.