Cari Blog Ini

Rabu, 22 Ogos 2012

Sedikit-Sedikit Lama-Lama Menjadi Bukit

Mungkin anda semua pernah mendengar peribahasa yang saya jadikan tajuk untuk paparan kali ini. Lantaran itu entri saya kali ini adalah ingin berkongsi dengan anda semua mengenai konsep ini sebagai satu pedoman untuk kita sentiasa jadikan peringatan.


Secara amnya budaya menyimpan wang adalah satu amalan penting dan perlu dijadikan amalan di dalam kehidupan kita semua. Tetapi malangnya kurang diantara kita pada hari ini gagal membudayakan amalan menyimpan ini. Sememangnya wang adalah satu keperluan penting dan menjadi asas dalam kehidupan pada masa kini. Jika kita tidak menguruskannya dengan baik yakni tidak menyimpan langsung sebahagian daripada pendapatan yang kita perolehi, ianya pasti akan memberi pelbagai kesan kepada kita pada masa hadapan kelak, iaitu apabila disaat kita amat memerlukannya.  Pada pandangan saya, wang adalah umpama air yang mengalir, jika kita mempunyai wang keinginan untuk berbelanja secara fitrahnya akan membuak-buak yakni keinginan untuk berbelanja adalah sangat tinggi disebabkan kemampuan kita untuk berbelanja. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita berbelanja tetapi haruslah diingat berberlanjalah berpada-pada. Jesteru, beringatlah ketika kita mempunyai banyak wang yakni menyimpan walaupun ianya sedikit, dan jumlah yang sedikit inilah akan menjadi banyak jika kita dapat menyimpannya dengan baik. Bayangkanlah titisan air yang menitik di rumah kita, percaya atau tidak jika kita menadah air ini di dalam bekas, lama-kelamaan ianya akan memenuhi bekas yang ditadah itu. lebih besar bekas itu maka lebih banyaklah air yang akan dipenuhi walaupun ianya turun setitis demi setitis.  Sebenarnya setiap dari kita mampu untuk mengawal perbelajaan dan menguruskan kewangan dengan baik, cuma mungkin kita alpa dan gagal mengawal hawa nafsu. Kenapa saya berpandangan begini? Bayangkan disaat ketika kita kekurangan air atau putus bekalan air, kenapa kita pandai berjimat dan menggunakan air dengan cermat. Hemat saya, sikap berjimat cermat ini secara fitrahnya berlaku apabila kita kekurangan sumber, yakni meyebabkan individu itu akan menggunakan semaksimum mungkin sumber yang ada. Alangkah beruntungnya dan baiknya jika kita sedar dahulu takala kita mempunyai sumber yang banyak.


Secara peribadi, sebagai pelajar, walaupun anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap adalah tidak mustahil untuk kamu menyimpan wang. Wang saku yang diberikan oleh ibu-bapa, elaun PTPTN atau bantuan biasiswa yang perolehi adalah satu sumber yang boleh dimanfaatkan sebaiknya. Pendek kata, simpanlah sebahagian wang yang anda perolehi walaupun ianya sedikit. Elakkanlah budaya BOROS. Sebagai pelajar anda perlulah  lebih besikap BERSEDERHANA ketika berbelanja. Janganlah berbelanja melebihi daripada keperluan yang tidak sepatutnya. Fikirlah dahulu sebelum berbelanja, jika ianya satu keperluan anda maka berbelanjalah, jika tidak elakkanlah dan menyimpan. Nasihat saya ambilah sedikit masa jika anda ingin membuat sebarang keputusan untuk membeli(sekurang-kurangnya 3 hari atau lebih) untuk mengelakan pembaziran. Sebenarnya dengan memberi sedikit kekangan masa  ianya dapat mengelakan dari membuat keputusan membeli itu dipengaruhi oleh nafsu anda.  Kebiasannya kita hanya sedar keperluan barang yang tidak perlu dibeli adalah apabila sudah membelinya. Oleh itu dengan memberi sedikit masa kepada diri sendiri pastinya anda dapat mengelakan situasi/keadaan ini.

Bagi menutup entri kali ini saya ingin mengingatkan kamu agar tidak dikuasai oleh sikap yang boros. Sesungguhnya individu yang boros dan suka membazir adalah rakan syaitan kerana memiliki sifat negatif yang dapat memudaratkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.