Cari Blog Ini

Isnin, 16 April 2012

Budaya Meniru, Elakan!

Setelah membaca beberapa FB pelajar mengenai budaya meniru semasa kuiz ataupun ujian, terdetik dihati saya untuk memuatkan entri kali ini dengan isu penipuan di dalam perakaunan. Untuk pengetahuan anda saya amat serius memandang hal ini kerana pada hemat saya natijahnya amatlah besar samaada kepada diri sendiri, bangsa, agama dan negara.

Sebagai pendidik, saya melihat perakaunan adalah merupakan satu bidang profesional yang memerlukan integriti dan kejujuran yang amat tinggi. Jesteru, pada pandangan saya, jika budaya meniru ini dibiarkan ataupun tidak dibendung pada peringkat awal, maka saya pasti akauntan yang bakal lahir pada masa akan datang lebih bersikap acuh tak acuh serta tidak akan bertanggungjawab malah mudah untuk melakukan pembohongan yakni tidak jujur dalam melaksanakan tugas mereka dan pada ketika itu, sudah pasti terlambat untuk diperbetulkan sikap ini. Statistik menunjukan banyak kes penipuan di dalam perakaunan meningkat dari semasa ke semasa dan angka ini amat membimbangkan semua pihak. Secara peribadi, jika kita mahu membenteras gejala penipuan di dalam perakaunan ia sepatutnya bermula dari peringkat pengajian lagi iaitu samada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Pada hemat saya, bukan sistem perakaunan sahaja patut diperbaharui sepertimana yang dicadangkan oleh pihak-pihak yang berkaitan tetapi melahirkan akauntan yang baik juga adalah satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi mengelak berleluasanya penipuan di dalam perakaunan.

Melihat perihal budaya meniru di kalangan pelajar, ianya bukanlah patut dipandang enteng oleh kita. Saya pasti, jika seseorang itu berani dan melatih dirinya meniru ataupun menipu pada masa sekarang, adalah tidak mustahil dia akan menipu pada masa akan datang. Ini kerana dia sudah tidak takut untuk melakukannya disebabkan oleh sikapnya yang sudah sebati. Menjadi insan yang mulia adalah amat sukar, dan pada fikiran saya ianya mengambil masa yang panjang untuk dipupuk. Lantaran itu dalam kontek ini saya lebih percaya kepada pepatah melayu yang selalu kita dengari" jikalau mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya". Saya juga berpendapat sebenarnya kita boleh mengelak penipuan di dalam perakaunan samada pada masa sekarang ataupun pada masa akan datang, jika semua pihak memainkan peranannya dan mempunyai integriti yang baik serta jujur. Saya juga percaya bahawa budaya meniru di kalangan pelajar dapat dibendung dari masa ke semasa melalui pendekatan secara "Hikmah"  dalam diri seseorang itu. Untuk pengetahuan anda mendalami sesuatu ilmu adalah merupakan satu tanggungjawab dan tiada jalan pintas untuk itu. Jika kita mengambil mudah dan gagal menguasai ilmu itu sebaik mungkin pastinya memberikan kesan jangka panjang kepada kita sendiri apabila berkerja kelak dan ini juga mungkin akan menyebabkan ramai diantara anda nanti gagal mendapat tempat pekerjaan.

Akhir kalam dari saya untuk paparan ini ialah satu ingatan untuk anda semua agar tidak meniru di dalam ujian mahupun kuiz dan jangan menjadikan ianya satu budaya. Sebagai muslim dan pelajar, kita sepatutnya lebih baik dalam memikirkan soal ini. Kamu adalah tonggak masa hadapan, jika kamu tidak mengukur keupayaan kamu sekarang yakni melalui ujian dan kuiz bagaimana akan kamu menghadapinya pada waktu bekerja nanti. Dunia sebenar kamu adalah di luar sana. Universiti hanyalah batu asas untuk melayakan kamu memikul tanggungjawab itu. Sebagai pelajar eloklah kiranya jika pekara ini dapat direnungi oleh anda agar kelestarian perakaunan pada masa hadapan akan menjadi lebih baik.

9 ulasan:

  1. setuju.. :)

    paling tak boleh terima kalau kawan sendiri yang meniru.. huhu

    BalasPadam
  2. yew2 sokong...otak automatic jadi blur bila nampak org dok tiru hehe..

    BalasPadam
  3. fatin, kerana nasihat dan tegur orang yang meniru ni..adalah menjadi satu kesalahan kepada kamu apabila berdiam diri tengok kawan2 meniru.

    BalasPadam
  4. tapi sir, nak tegur tu amatlah susah..

    tegur dalam hati boleh tak? heheh

    BalasPadam
  5. Itu bukan tegur tapi subahat...cuba tanya cik lina? Apa yang dia setuju...!

    BalasPadam
  6. hehehe.. saya setuju sgt meniru tu suatu perlakuan yg sgt2 tak mendatangkan kebaikan. kalau kita meniru sekarang dan berjaya dlm final exam pon, tapi nanti adakah kita akan berjaya di masa hadapan? in the future bila kita kerja.. u are alone at that time and no one can help u! masa tu, mula lah nak menipu dan tak jujur bekerja.. attitude tu dari sekarang lg boleh effect hidup kita di masa hadapan.. so meniru tu mmg patot kita elak. we should avoid it.. if you copy during the exam.. and u are safe without getting caught, u should start to worry, sbb balasan Allah di akhirat menanti... :) jawab lah peperiksaan dengan ikhlas dan jujur.. baru lah apa yg kita belajar diberkati oleh Allah..dan akan lekat di hati smpai bila2.. insyaAllah :) -inilah yg saya setuju En. Azrul. hehe

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.