Cari Blog Ini

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Tahun Baru


Selamat Tahun Baru 2012...entri awal tahun blog saya kali ini dimuatkan dengan sedikit harapan kepada semua pelajar-pelajar yang mengenali saya dan mengikuti blog ini. Semoga tahun ini dapat membawa sejuta rahmat, kedamaian  dan kasih  dari Allah untuk di isi setiap hari dalam hidup kamu semua. Andai kamu telah tamat pengajian pada semester ini, saya harapkan agar kamu  dapat menjadi seperti cahaya yang mampu menerangi alam ini. Jadilah satu sinar yang mampu menerangi kegelapan. Jadilah inspirasi dan mampu membuat perbezaan besar samada pada diri sendiri ataupun pada orang lain. Adalah menjadi harapan yang tinggi kepada saya untuk melihat kamu berjaya dan seterusnya dapat memperkasakan agama, bangsa, negara dan mahupun UiTM sendiri.

Seandainya tahun ini adalah merupakan satu titik permulaan bagi kamu, Saya berdoa agar kamu semua sentiasa ambil peduli, bersemangat dan tersenyum, untuk menyatakan keinginan kamu untuk berjaya dan tamat pengajian dengan cemerlang kelak. Pada hemat saya perubahan tahun tidak memberi apa-apa erti kepada kita semua, andai masa yang ada ini  tidak dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Hakikatnya tahun baru ini telah meningkatkan usia kita dan sebaiknya  kita hendaklah memuhasabah agar kehidupan kita lebih bermakna dan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T. 

8 ulasan:

  1. happy new year sir.. sapphire juga mendoakan agar kehidupan sir lebih bermakna dari sebelumnya.. dah berharap agar sir sentiasa sihat dan ceria bersama family tersayang...

    BalasPadam
  2. Happy New Year sir..
    Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari yang sebelum nya..
    ---> FiMi AiQa Ent..

    BalasPadam
  3. Happy new year sir..
    Semoga tahun ini akan bertambah rezeki,kejayaan dan kebahagian untuk Sir dan keluarga.
    And wish we luck in our life. ^_^

    BalasPadam
  4. all the best for u, fimi aiqa and in nova, hope u score an A

    BalasPadam
  5. happy new year to you and family sir...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.