Cari Blog Ini

Ahad, 11 Disember 2011

Gigih: Usahawan Bukan Melayu

Entry Pembuka minggu ini adalah berkisar tentang pusat servis kereta yang beroperasi sehingga lewat malam. Inilah pertama kali saya dapat menukar alat ganti dan pada yang sama servis kereta pada waktu malam. Satu Perkhidmatan baru yang hanya saya rasa bole diperolehi di Arau. Terharu melihat kegigihan usahawan bukan  melayu ini yang bertungkus lumus sehingga membuat saya terfikir sejenak akan strategi perkhidmatan yang diberikan. Berbicara seketika dengan beliau,menyebabkan saya tertanya pada diri sendiri,  kenapalah agaknya usahawan bumiputera yang sedia ada tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan sebegini? ataupun mungkin ada hanya saya tidak menyedarinya.

Bersedia untuk di servis


Rehat seketika dan menjamah makanan di tepi bengkel 

Bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan 

Apapun bingkisan ini hanyalah pembakar semangat kepada bakal graduan yang ingin menjadi usahawan. kegigihan, kesungguhan, bijaksana, keazaman dan tawakal adalah isi penting untuk berjaya di dalam bidang keusahawanan ini. Sekadar minat dan tanpa usaha pastinya umpama pohon yang tidak berbuah. Adalah kita harus sedar dari sekarang bahawa segulung ijazah dan diploma bukanlah ukuran untuk seseorang itu berjaya, ianya adalah sebagai satu sandaran tiket untuk kita berjaya, Apa yang harus diingat, mata ketiga dan penafaatan intasari ilmu adalah lebih jauh  penting untuk membuatkan kita berjaya.

5 ulasan:

  1. saya sokong.. nie la kreative kan sir.. hekhekhek... hope boleh follow blog sapphire eah.. tq sir.. (masih mencari clue untuk next class.. apa yg akan dilakukan)

    BalasPadam
  2. sokong! pada saya, maybe perkara nih dah memang mind set pada bangsa melayu.. kerja memang cukup masa, kurang tak pa, lebih tak boleh..

    sama juga macam study ni, bandingkan student cina dan melayu, kalau bangsa melayu, lecturer ajar banyak tu, banyak tu lah yang kita buat.. lain pula student bangsa lain yang sentiasa nak usaha lebih..

    hehe.. betul tak sir?

    BalasPadam
  3. betul... saya harap kamu dapat bersungguh-sungguh jugak untuk berjaya. jadikan sem ni yang terbaik buat kamu.Amin

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.