Entri kali ini, adalah sekadar paparan ringan sempena SUKMA 2014 yang berlangsung di Negeri Perlis. Inilah pertama kali saya dan aryna melihat secara langsung perlawanan pelbagai sukan yang membariskan jaguh masing-masing dari seluruh negeri di Malaysia. Adalah tidak dinafikan memang meriah dan ceria suasana sekitar di negeri Perlis. Pelbagai kegiatan perniagaan masing-masing sibuk mengambil kesempatan dalam temasya ini untuk meraih keuntungan yang bukan pada kebiasaannya.
Cari Blog Ini
Ahad, 1 Jun 2014
Semangat dan Sukan
Entri kali ini, adalah sekadar paparan ringan sempena SUKMA 2014 yang berlangsung di Negeri Perlis. Inilah pertama kali saya dan aryna melihat secara langsung perlawanan pelbagai sukan yang membariskan jaguh masing-masing dari seluruh negeri di Malaysia. Adalah tidak dinafikan memang meriah dan ceria suasana sekitar di negeri Perlis. Pelbagai kegiatan perniagaan masing-masing sibuk mengambil kesempatan dalam temasya ini untuk meraih keuntungan yang bukan pada kebiasaannya.
Label:
Gaya Hidup
Lokasi:
Arau, Perlis, Malaysia
Rabu, 16 April 2014
Antara kawan dan keluarga: Pengaruh Asrama
Apa yang ingin saya kongsikan untuk entri bulan ini adalah mengenai satu masalah atau saya definasikan sebagai satu penyakit yang mungkin perlu kita semua beri perhatian agar ianya tidak berlangsungan dan memudaratkan. Mungkin secara tidak langsung penyakit ini sedikit sebanyak telah menular dan menjadi sebahagian dari diri kita, Wallahualam. Sekadar perkongsian ringan, penyakit ini saya klasifikasikan sebagai salah satu penyakit cabang yang mungkin berkaitan dengan "penyakit komunikasi". Secara amnya apa yang dapat saya ringkaskan mengenai penyakit ini ialah ianya berkenaan dengan kegagalan sikap seseorang individu untuk bermesra, berkomunikasi dan bergaul dengan/sesama ahli keluarganya. Mungkin ramai yang tidak perasan dan amati akan penyakit ini tetapi secara peribadi saya melihat dan mengamatinya melalui beberapa rakan dan juga perilaku ahli dan sanak keluarga. Apa yang mungkin dapat saya gambarkan tentang penyakit ini adalah ianya berkenaan terhadap kencenderungan pergaulan individu yang lebih mengutamakan hubungan terhadap rakan-rakan/ (kawan-kawan) berbanding hubungan terhadap keluarga (samada ibu-bapa atau adik beradik). Dalam erti lain ianya adalah satu keadaan dimana seseorang individu itu lebih suka mengutamakan kawan-kawannya pada satu posisi yang saya kira melampau sehingga memberi kesan yang negatif terhadap hubungan dengan keluarga dan orang disekelilingnya.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa hubungan sesama keluarga adalah merupakan faktor yang amat patut dititik beratkan, sama ada hubungan terhadap ibu-bapa dan adik beradik. Pendapat peribadi saya, keluarga adalah merupakan tempat terbaik untuk kita mengadu damba dan keluargalah yang pastinya akan bersama kita dikala susah dan senang. Tanpa keluarga pastinya kita tidak mungkin dapat melestarikan kehidupan ini dengan sempurna dan sebaik mungkin. Tetapi malangnya dalam konteks hari ini, pekara ini kurang diberi perhatian malah ianya lebih memihak kepada hubungan kawan-kawan. Mungkin terdapat pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan perkara ini, tetapi pada hemat, pengamatan dan perkiraan kasar saya, ini sebenarnya terjadi adalah berpunca daripada tinggal di asrama terlalu awal pada usia yang agak muda. Mungkin pekara ini sememangnya dapat disangkal, tetapi rata-rata saya melihat perihal rakan-rakan dan saudara-saudara yang saya kenali dan tinggal di asrama pada usia muda mempunyai penyakit ini. Walaupun tidak dapat dibuktikan secara sahihnya dengan bukti emprikal, saya amati pekara ini mungkin berlaku adalah kerana mereka lebih banyak masa bersama rakan-rakan yang tinggal di asrama bersama. Logiknya, rakan-rakanlah tempat terbaik bagi mereka menyelesaikan masalah, mengadu dan sebagainya. Oleh yang demikian maka secara tidak langsung rantaian ini boleh menyebabkan seseorang individu itu lebih janggal dan tidak selesa bersama keluarganya (yakni lebih mudah untuk bersama dan bergaul bersama rakan rakan berbanding keluarga). Ini jelas dapat diperhatikan, sekiranya kita pernah tinggal di asrama dan pastinya sebahagian dari kita pernah melihat dan mengalami pekara ini. Pastinya jika diteliti, tanda-tanda penyakit ini telah menular kepada diri seseorang itu adalah apabila satu perasaan untuk tidak bergaul dan hanya lebih mementingkan diri sendiri contohnya seperti mengemas rumah-lebih cenderung untuk mengemas barang-barang sendiri ataupun menidakan kepentingan ahli keluarga yang lain-perasaan mereka lebih penting berbanding adik beradik yang lain (yang mana konsepnya adalah kau adalah kau aku adalah aku). Mungkin tiada bukti kajian yang boleh saya ketengahkan disini tetapi secara logik akal pelajar-pelajar yang baru melangkah ke sekolah menengah dan tinggal diasrama, pastinya tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. Sesungguhnya, mereka mudah berubah sikap kerana itulah lumrah bagi seorang kanak-kanak yang mula berubah menjadi awal dewasa. Dalam usia 13 hingga 15 tahun, anak-anak ini belum dapat mengenal dirinya sendiri secara sepenuhnya. Mereka masih tercari-cari identiti diri dan dalam proses membina jati diri. Apabila terlalu lama berjauhan dari keluarga maka pastinya penyakit ini lebih mudah menular dan menjadi sebagaian daripada diri individu itu. Sehingga pada satu peringkat, mereka ini sanggup untuk melupakan dan tidak memahami kepentingan keluarga terhadap diri sendiri. Anggapan mereka keluarga tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun keluarga hanya sekadar hinggapan untuk kepentingan diri sendiri. (sama ada ibu-bapa mahupun adik beradik)
Untuk pengetahuan anda semua, saya bukanlah menafikan pelbagai kebaikan tinggal di asrama. Adalah tidak dinafikan asrama adalah merupakan satu tempat untuk setiap individu berdikari. Walaupun saya tidak pernah ke sekolah asrama,
tapi melalui pemerhatian, penceritaan rakan-rakan, saya dapati pelajar yang bersekolah di
asrama lebih mudah untuk berdikari. Selain itu, dikatakan juga pembelajaran mereka lebih tersusun dan jadual waktu pembelajaran juga lebih seimbang. Dengan kegiatan riadah
yang kerap dilakukan di sekolah asrama, pelajar-pelajar juga dikatakan lebih cerdas minda dan cergas fizikal malah juga lebih
berdisiplin. Melalui jadual waktu yang telah ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih
menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mereka mengikut tempoh ditetapkan. selain itu, pelajar yang tinggal diasrama juga dikatakan kurang mengalami kejutan budaya ketika melangkah ke alam universiti dan lebih cermerlang. Melalui pengalaman di
sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri
dengan suasana pembelajaran di IPT.
Apapun pandangan saya ini, ianya adalah sekadar perkongsian ringan yang mana mungkin dapat dijadikan sedikit renungan kepada kita semua. Satu ingatan kepada diri sendiri dan anda semua agar menjadi insan yang lebih baik dan menjaga hubungan sesama keluarga anda. Walaupun sekiranya kita ada mempunyai penyakit ini, cuba-cubakanlah redakan sedikit demi sedikit. Ingatlah kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sepanjang masa dan kasih adik beradik tiada tolok bandingnya. Alangkah beruntungnya kita jika sanak saudara berbuat baik dan menunjukan sifat setia dan amanah.
Apapun pandangan saya ini, ianya adalah sekadar perkongsian ringan yang mana mungkin dapat dijadikan sedikit renungan kepada kita semua. Satu ingatan kepada diri sendiri dan anda semua agar menjadi insan yang lebih baik dan menjaga hubungan sesama keluarga anda. Walaupun sekiranya kita ada mempunyai penyakit ini, cuba-cubakanlah redakan sedikit demi sedikit. Ingatlah kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sepanjang masa dan kasih adik beradik tiada tolok bandingnya. Alangkah beruntungnya kita jika sanak saudara berbuat baik dan menunjukan sifat setia dan amanah.
Rabu, 12 Mac 2014
Kualiti masa: Kenangan Keluarga bahagia
Menyingkap jemputan perkahwinan yang saya terima daripada beberapa orang bekas pelajar saya, ingin saya coretkan sedikit perkongsian ringan bagi bulan ini kepada anda semua yang baru ataupun telah lama melangkah ke alam perkahwinan. kontek perkongsian yang saya maksudkan ini adalah berkenaan "masa berkualiti bersama keluarga". Adalah diakui, saya bukanlah pakar keluarga dan rumahtangga, tetapi secara peribadi apabila kita telah berkeluarga, nasihat saya kepada anda semua ialah lebihkanlah masa-masa berkualiti dengan ahli keluarga kita”. Saya percaya ini bukanlah saranan yang pertama kali kamu dengari, namun saya pasti ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Melalui pengamatan saya, ramai diantara kamu telah berkerjaya dan pastinya sibuk dalam melaksanakan tugas masing-masing. Jesteru, dalam kesibukan kamu mengejar masa dengan urusan seharian, pastinya kelak kamu tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya yang patut kita semua beri perhatian. Gunakanlah masa sebaiknya-baik dengan anak-anak kamu dengan diisi dengan pekara yang lebih bermakna dari meluangkan masa berjam-jam yang tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Jadikanlah masa itu satu memori yang terindah untuk dikenang bersama anak-anak nanti apabila mereka telah dewasa.
Mungkin ramai diantara kita yang alfa dengan apa yang telah disarankan dengan konsep masa berkualiti ini. Pada hemat saya apa yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dengan keluarga adalah keberadaan kita untuk meluangkan masa yang mana ianya bukanlah semata-mata berada dalam lokasi yang sama pada sesuatu masa. Andai kita ingin mengatakan bahawa kita meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak, corak kegiatan yang dilakukan dan kekerapan kita melakukan kegiatan tersebut adalah merupakan pokok utama yang harus anda fikir-fikirkan. Selain itu, ianya juga perlulah di susuli dengan unsur lain bagi mengesahkan yang masa tersebut telah diisi secara berkualiti. Adalah tidak dinafikan, memang sukar untuk mendefinisikan maksud masa berkualiti. Walau bagaimanapun, apa yang ingin saya gambarkan maksud masa berkualiti ini adalah merujuk kepada satu masa di mana kamu dapat meluangkan masa secara bersama (yakni bersama keluarga kamu) dengan melakukan sesuatu yang bersifat interaktif dan meninggalkan makna ataupun kesan kepada semua yang terlibat. Pada hemat saya jangkamasa bersama itu tidak penting tetapi ianya mestilah memadai untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti.
Apapun definisi masa kualiti mungkin ianya berbeza kepada kamu semua. Sesungguhnya raikanlah keluarga kamu dengan sedikit detik dan masa yang berfaedah agar ianya dapat dikecapi dan disimpan sebagai satu memori yang terindah. Akhir kalam entri kali ini, saya doakan agar kamu semua berada dalam limpahan rahmat, murah rezeki sihat dan bahagia disamping keluarga masing-masing.
Label:
Gaya Hidup
Lokasi:
Arau, Perlis, Malaysia
Khamis, 6 Februari 2014
Hargai Ibu- Bapa
Sedikit coretan untuk entri kali ini adalah berkaitan dengan penghargaan terhadap kedua-ibu bapa kita. Saya akui pekara ini telah acap kali didendangkan kepada kita, lantaran itu entri ini adalah sekadar ingatan santai agar kita semua masih dan barangkali tidak lupa akan tanggungjawab yang berlangsungan ini. Sekiranya masih hidup kedua-ibu bapa anda, hargailah mereka seadanya. Sesungguhnya adalah mudah bagi kita untuk mengungkapkan "saya sayang ibu dan ayah saya", tetapi persoalan peribadi saya, adakah dengan ungkapan sahaja ianya cukup untuk menunjukan kasih sayang kita kepada mereka? Adakah sekeping gambar dimuka buku cukup untuk mengembirakan dan menghargai mereka? Saya kira semua diantara and tahu bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu, tetapi dalam kontek hari ini yang semakin moden, sejauh manakah kita dapat menjaga syurga itu dalam hidup kita? satu persoalan yang saya kira harus difikirkan oleh kita semua. Selain ibu, bapa juga tidak harus kita lupakan yang mana telah berkerja keras dan berhempas pulas untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya dan menjadi insan yang berkerjaya. Apapun pengorbanan yang telah dilakukan, adalah patut bagi kita untuk mempersoalkan balasan kita terhadap pengorbanan mereka itu. Mungkin tidak terbayar setiap keringat yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa kita hanya untuk untuk melihat kita menjadi insan yang berjaya. Lantaran itu saya sarankan kepada anda semua hargailah ayah dan ibu SELAYAKNYA. Cubalah balas setiap pengorbanan mereka dengan kasih sayang.
Tidak dinafikan banyak kaedah yang dapat dilakukan oleh anda untuk mengembirakan kedua ibu-bapa kita. Jika hendak disenaraikan semua kaedah-kaedah ini mungkin panjang, antara pekara-pekara yang boleh atau yang mungkin boleh dilakukan oleh anda semua adalah seperti berikut:
- Berbicara dengan lemah lembut
- Gembirakan hati mereka-tak perlu duit beribu, cukuplah dengan perihatin dengan keperluan mereka. banyak konteks yang boleh dibincangkan secara mudahnya elakanlah dari menguriskan hati mereka.
- Doakan mereka- doa pengikat kasih sayang
- Hubungilah ibu bapa-cintailah mereka tanpa syarat
- Sambut hari jadi kita bersama mereka
- Peluk dan cium mereka selalu
- Bawa mereka melawat dan berjumpa saudara-mara dan kawan lama.-mereka dambakan saudara yang sudah lama tidak ketemu, igin mengibau kenangana
Walaupun terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan selain yang disarankan oleh saya ini, harapan saya kepada anda semua adalah sentiasa mengingati kedua-dua ibu bapa kamu. Sesungguhnya rezeki dan keredhaan hidup kita akan lebih berkat jika kita mentaati kedua -ibu bapa kita. Akhir kalam dari saya untuk entri kali ini ialah semoga kita semua lebih memahami kehendak ibu bapa kita dan hargailah mereka selagi hayat dikandung badan.
Rabu, 8 Januari 2014
Tahun Baru 2014
Seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini adalah merupakan tahun baru yang mana saya kira pasti akan membuka lembaran yang baru pada saya.
Alhamdulilah, tahun ini juga saya dapat menyambut tahun baru bersama cahaya mata yang baru di dalam keluarga saya. Sesungguhnya, segalanya telah direncanakan olehNYA dengan baik. Apapun, pada hemat saya ramai dikalangan anda (pelajar-pelajar) yang pastinya akan menghadapi tahun ini dengan semangat dan azam yang baru. Mungkin juga ramai yang sudah tamat pengajian dan ramai juga yang sudah dan akan berumahtangga. Apapun yang akan berlaku, entri awal tahun ini saya bukakan dengan doa yang ikhlas dari saya agar kamu semua lebih maju jaya dan menjadi insan yang lebih baik. Pekara yang berlalu jadikanlah ianya satu sejarah, pengalaman dan kenangan untuk kamu terus menempuhi hari hari baru yang akan mendatang pada tahun 2014 ini.
Jumaat, 20 Disember 2013
Hujung Tahun di Singapura, Aryna and Ayra!
Acara bagi tahun ini di tutup dengan rasminya.
Entri untuk kali ini sempena penghujung tahun 2013 saya kongsikan sedikit aktiviti tahunan bersama keluarga. Mungkin satu kenangan yang terindah bagi saya, tetapi mungkin tidak bagi anak kedua saya ini.
Inilah pertama kali Ayra menjejakkan kaki ke Singapura. Mungkin agak janggal dan sedikit kekok apabila terpaksa menguruskan dua orang anak dan inilah yang agaknya dikatakan asam garam dunia. Alhamdulilah, walaupun agak kelam kabut, segalanya dipemudahkan dan kami sekeluarga memang enjoy bersama-sama. Tidak dinafikan juga memang penat
![]() |
| Universal studio |
Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana memberikan tahun 2013 ini penuh kegembiraan, rezeki, kesihatan dan keharmonian. Moga terus dipanjatkan kehidupan ini seterusnya ke masa hadapan dan sehingga akhir hayat
Sempena Tahun 2014 yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya harapkan semoga kehidupan ini dilimpahi rahmat dan sesungguhnya saya bersyukur dengan segala nikmat telah diberikan. Apapun harusklah kita beringat akan pinjaman sementara ini, dan gunakanla kesempatan yang ada dengan sebaiknya agar ianya menjadi satu memori indah yang bakal ditinggalkan.
Khamis, 17 Oktober 2013
Ayra Azrul
Alhamdulilah Tanggal 17 Oktober 2013 yang lalu, Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami di Hospital Pantai Sungai Petani. Selamat Datang Ayra! Setelah 9 bulan menunggu kehadiran kamu akhir dapat kita semua bertemu. Tiada Apa yang dapat diungkapkan hanya besyukur seadanya dengan rezeki yang diberikan ini. Moga Ayra dapat menjadi anak yang solehah dan baik.
| Hari pertama bagi Ayra |
| Moga Menjadi anak yang solehah |
Akhir kalam untuk entri kali ini adalah satu ucapan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan dari anda semua.
Rabu, 11 September 2013
MAAF: Satu pemberian bermakna jika ianya bersungguh-sungguh
Entri bulan ini adalah sedikit perkongsian ringan daripada saya kepada anda semua tentang "kemaafan". Saya akui dan percaya pekara ini telah biasa anda dengar, jesteru paparan entri saya ini adalah sekadar mengingatkan kita sesama sendiri. Sesungguhnya sebagai manusia biasa, adalah tidak dapat dielakan oleh setiap daripada kita (yakni setiap individu) daripada melakukan kesalahan. Ini adalah kerana tidak ada seorang manusia pun yang sempurna sifatnya. Oleh yang demikian, pastinya kita semua tidak akan terlepas dan pernah melakukan kesalahan terhadap seseorang samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai insan biasa, adalah menjadi satu pekara penting bagi kita untuk memohon kemaafan sekiranya menyedari akan suatu kesalahan yang telah dilakukan. Pandangan peribadi saya, sesungguhnya memohon sebuah kemaafan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ia bukanlah hanya sekadar berjabat tangan tetapi perlu disusuli dengan rasa kesungguhan, kekesalan dan keikhlasan. Seandainya, jika ada dosa besar telah dilakukan, ianya perlulah lebih telitikan melalui proses taubat yang lebih bersungguh-sungguh. Adalah perlu bagi anda menyebut kesilapan dan dosa lalu (jika ianya tidak menimbulkan fitnah), kemudian haruslah diikuti dengan janji tidak mahu mengulanginya lagi, seterusnya penyesalan yang amat sangat serta rasa malu dengan perbuatan lalu. Sekadar bersalam dan dalam keadaan suka-suka mungkin sebuah kemaafanyang disebut itu tidak kesampaian. Cadangan dan fikiran saya bersalamanlah dengan orang yang pernah kita lakukan kesilapan terutama kedua-dua ibu bapa, suami isteri, adik-beradik dan orang tertentu sepatutnya pegang tangan erat-erat, peluk kemas-kemas serta sebutkan salah silap dengan jelas. (selagi tidak menimbulkan fitnah dan sengketa yang lebih besar.) Kalau boleh dengan linangan air mata yang mana keikhlasan yang dizahirkan melalui kekesalan dan kemaafan, Insha-Allah saya rasa ianya pasti amat bermakna yankni ‘maaf kita ungkapkan itu. Sesungguhnya saya sedar akan kelemahan diri sendiri ataupun sesiapa sahaja, memaafkan bukanlah pekara yang mudah. Sebagai mangsa yang terpaksa menanggung derita diperlakukan ketidakadilan, diperlakukan begitu, diperlakukan begini, di zalimi dan sebagainya. Maka apabila mengenangkan pekara ini, adalah sukar sekali hati ini atau sesiapapun untuk begitu mudah memberi sebuah kemaafan. Apapun hakikatnya, saya pasti memaafkan orang lain dan mendapat sebuah kemaafan sudah pastinya membuatkan kita lebih tenang damai dan lapang. Insha Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)











